Firman Allah yang bermaksud, “...Maka
pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terselamat dengan
badan mu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi
tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil
iktibar)….”. (Surah Yunus; ayat 90-92)
Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.
Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut
dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para
pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu
di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di
Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus
membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis
yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice
Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang
dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di
bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar
di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin
dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi
dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah
dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk
menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille
menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut
sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam
laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera
dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar
kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan
sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan
dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir
yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan
mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun:
Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des
Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille
dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane
Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan
anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine,
Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille
bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan
tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai
peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari
ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana
beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri
yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan
teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila
diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam
telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya
diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu
dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar
tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak
ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia
Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya
bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya
diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di
hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah
masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal
kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran
diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya
membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi
Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam
Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab
itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang
berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda,
pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun
yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat
menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”.
(Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana
tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada
mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin
kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille
terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan
untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa,
kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar
Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah
seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah
tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari
ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi
orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan
manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila
mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau
akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan
memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju
meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak
dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata:
“Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak
sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau
kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.
Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan
seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai
bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The
Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali
sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran
adalah selaras dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah
sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh
berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek
saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam
al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan
mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains
moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi
al-Quran benar-benar kalam Allah.
:)) agak bingung bacanya, karena bukan 'Bahasa' tapi 'Melayu' euyyy... :D
ReplyDeleteUntung Ana sebelumnya udh pernah baca ini (Indonesian version)
nice post :-bd
Allahu Akbar
ReplyDelete