
Kisah Hayy bin Yaqdzan karya Ibnu
Thufail ternyata juga amat dikenali ramai dan berpengaruh dalam
penulisan novel dan kisah tentang manusia yang hidup di hutan.Salah satu
novel yag mengisahkan tentang perkara ini adalah The Jungle Book karya
Rudyad Kipling.Novel ini mengisahkan tentang pengembaraan Mougly,seorang
bayi manusia diasuh dan dibesarkan oleh serigala,kera binatang hutan
lain.Hubung kait kisah Mougliy dengan kisah Hayy amat ketara dengan
pemilihan latar belakang lokasi yang mengambil hutan tropika di
India.Ibnu Thufail juga menceritakan kisah Hayy dengan latar belakang
pulau Wak-Wak di laut Hindi.Kisah Mougliy yang diasuh oleh binatang di
hutan juga mengingatkan pembaca pada kisah Hayy yang berjudul Hayy bin
Yaqdzan:Manusia dalam asuhan Rusa.
Rupanya,kisah manusia rimba karya seorang penulis Amerika bernama Edgar
Rice Bourrough ini juga sedikit banyak mendapat inspirasi dari kisah
Hayy.Pada tahun 1971,F.Lacassin menulis buku berbahasa Perancis mengenai
kisah Tarzan karya Bourrough setebal lebih dari 500 muka surat.Dalam
tulisannya mengenai karya sastera yang menjadi rujukan Bourrough dalam
menulis kisah Tarzan, didapati bahawa kisah Tarzan adalah diinspirasi
oleh Kisah Hayy karya Ibnu Thufail.
ijin copy
ReplyDeletekok bisa gitu , siapa yang punya ?
ReplyDeletetdak boleh memfitnah orang seperti itu
ReplyDelete