Dari Anas, beliau berkata, Rasulullah saw bersabda, Dajjal
itu matanya terhapus (buta), tertulis di antara kedua matanya kafir,
kemudian beliau mengejanya, kafir yang boleh dibaca oleh setiap orang
muslim dan di antara kedua matanya terdapat tulisan “kafir” (HR Muslim)
Pada
hadis pertama di atas menyebutkan beberapa ciri fizikal dajjal, iaitu
postur tubuhnya gemuk, kulitnya kemerah-merahan, sebelah matanya buta,
matanya seperti buah anggur yang masak. Dan pada hadis kedua disebutkan
ciri yang lain, iaitu tertulis huruf kafir di antara kedua matanya.
Tanda itu boleh difahami oleh setiap muslim baik yang boleh membaca
maupun yang buta huruf.
Pintu masuk ke kota Lod. Tempat Dajjal akan dibunuh. Jauh tempat ini dari Jeruselem lebih kurang 45 km
Kawasan berbukit yang subur di kota Lod, kota yang berumur 2000 tahun
Lod (Bahasa Ibrani: לוֹד; Arab: اَلْلُدّْ, al-Ludd; Greco-Latin Lydda), juga dieja dan disebut Ludd, ialah sebuah bandar diDaerah Tengah, Israel, sekitar 20 kilometer di tenggara Tel Aviv dan 3 kilometer utara Ramallah. Pada akhir tahun 2007, kota ini berpenduduk 67,000 orang, di mana 80% daripadanya adalah dari kaum Yahudi, manakala 20% lagi dari umat Arab Palestin berikutan projek perluasaan tapak penempatan haram Yahudi.
Nama lama kota ini, selama ribuan tahun, ialah Lydda, Lydea dan Al-Lydd, dan kota ini juga terkenal dengan nama Diospolis. Dalam Injil 1 Tawarikh 8 disebutkan bahawa kota ini menjadi tempat tinggal bagi Suku Bunyamin (anak kepada Nabi Yaakub a.s. dan adik kepada Nabi Yusuf a.s.). Kononnya, di tempat inilah Santo Peter menyembuhkan seseorang yang mengalami penyakit lumpuh, seperti yang disebutkan dalam Kisah Para Rasul 9: 32-38.
Di kota ini ada sebuah gereja yang dikenali sebagai: Gereja Santo Georgius dan sebuah Masjid yakni: Masjid El-Chodr. Bahagian tempat peribadatan itu membentuk kompleks bangunan, gereja dan masjid itu juga memiliki pintu masuk yang unik.
Kota ini dikenali kerana mempunyai sistem Bandar Antarabangsa yang mempunyai banyak persamaan dengan Bandar Tel Aviv yakni Bandar Ben Gurion. Setakat ini telah adanya jalan raya dan jalur KA yang menghubungkan kota ini dengan Tel Aviv.
Lapangan terbang utama Israel, Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion (dahulunya
dikenali sebagai Lapangan Terbang Lydda, RAF Lydda, dan Lapangan
Terbang Lod) terletak di bandar ini. Mengikut perspektif Islam pula, di
pagar/tembok Kota Lod inilah akan terjadinya pembunuhan Dajal oleh Nabi Isa a.s..
Dalam
hadits Nawwas bin Sam’an yang panjang yang membicarakan kemunculan
Dajjal dan turunnya Isa alaihissalam, Rasulullah shalallahu alaihi
wasallam bersabda:
“Ketika
Allah telah mengutus al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara
putih di sebelah timur Damsyik dengan mengenakan dua buah pakaian yang
dicelup dengan waras dan zafaran, dan kedua telapak tangannya
diletakkannya di sayap dua Malaikat; bila ia menundukkan kepala maka
menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti
mutiara. Maka tidak ada orang kafir pun yang mencium nafasnya kecuali
pasti meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu
Isa mencari Dajjal hingga menjumpainya di pintu Lud, lantas dibunuhnya
Dajjal hingga menjumpainya di pintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal.
Kemudian Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi Allah dari
Dajjal, lalu Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang
darjat mereka di syurga.” (Shahih Muslim, Kita Al-Fitan wa Asyrathis Sa’ah, Bab Dzikr Ad-Dajjal 18:67-68)
Aus bin Aus Ats-Tsaqafi meriwatkan bahwa Rasulullah shalallhu ‘alaihi wasallam bersabda, “‘Isa bin Maryam akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik.” (HR Thabrani)
Menurut Ibnu Katsir
Nabi Isa akan turun disisi menara sebelah timur Masjid Jamik Umawi
iaitu di sebelah timur Damaskus/Damsyik. Menara tersebut telah
diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir iaitu pada tahun 741 Hijrah.
Pembiayaanya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnye
telah membakar menara tersebut.
Hafiz Ibnu Katsir dalam an-Nihayah berkata, “Inilah
pendapat yang lebih masyhur tentang tempat turunnya Isa, iaitu di
menara putih di timur Damsyik. Dan saya telah melihat di sebagian buku
bahwa Isa turun di menara putih sebelah timur Jami’ Damsyik. Mungkin
inilah yang lebih valid dan bunyi riwayatnya, ‘Maka dia turun di atas
menara putih yang ada di timur Damsyik’. Jadi rawi membuat redaksi
sendiri sesuai dengan apa yang dia fahami. Dan di Damsyik tidak ada
menara yang dikenali dengan menara timur kecuali menara yang berada di
timur Jami’ Umawi dan inilah yang lebih cocok dan lebih sesuai kerana
Isa turun pada saat didirikannya shalat…” (An-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim I/192)Menurut Sami bin Abdullah Al-Maghluts pula dalam bukunya Athlas Tarikh al-Anbiya’ wa ar-rosul (atlas sejarah nabi dan rosul) ada dua buah menara yang sangat mirip sebagaimana disebutkan dalam hadist di atas. Kedua menara itu adalah menara Masjid al-Umawi (Umayyah) yang di bangun oleh al-Walid bin Abdul Malik (lihat atlas hadist karya Syauqi Abu Khalil) dan menara tembok damaskus. Kedua tempat tersebut memiliki kemiripan yang diduga disana lah Isa AS akan turun.
Sifat Dan Rupa Nabi Isa Alaihissalam
Adapun
sifat-sifatnya maka Nabi kita saw telah menyatakan bahawa Isa adalah
laki-laki berperawakan sedang tidak tinggi tidak pendek, berwajah bulat,
berkulit kemerah-merahan, berdada lapang, orang yang paling mirip
dengannya adalah Urwah bin Mas’ud ast-Tsaqafi.
Dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah saw bersabda, “Antara
diriku dengan Isa tidak ada nabi, dan sesungguhnya dia pasti turun.
Jika kalian melihatnya maka kenalilah dia. Sesungguhnya dia berperawakan
sedang, putih kemerah-merahan, dia turun di antara dua potong baju
berwarna kekuning-kuningan, kepalanya seolah-olah menetes walaupun tidak
basah, dia memerangi manusia di atas Islam, lalu dia mematahkan salib,
membunuh babi dan menghapus jizyah. Pada masanya Allah menghancurkan
semua agama kecuali Islam, dia membunuh al-Masih ad-Dajjal kemudian
tinggal di bumi selama 40 tahun kemudian wafat dan kaum muslimin
menshalatkannya.” (HR. Abu Dawud, al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah)
Dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda, “Pada
malam Isra’…. Dan saya bertemu dengan Isa. Lalu Nabi saw menjelaskan
ciri-cirinya, ‘Orangnya sedang, kulitnya kemerah-merahan, seolah-olah
dia habis mandi, saya melihatnya…’.” (HR. al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)
Dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah saw bersabda, “Saya
bertemu dengan para nabi, ternyata Musa…. Saya melihat Isa bin Maryam,
ternyata orang yang paling mirip dengannya adalah Urwah bin Mas’ud….” (HR. Muslim dan at-Tirmidzi)
Dari Abdullah bin Abbas Rasulullah saw menceritakan malam Isra’nya, beliau bersabda, “Saya melihat Isa berperawakan sedang kemerah-merahan berambut lurus….” (HR. al-Bukhari dan Muslim)
assalamualaikum..mohon izin minyak share , boleh x? untuk di kongsi dengan insan2 yang laen..
ReplyDeleteassalamualaikum...izin share ya akh...jazakallah
ReplyDeleteAssalamu'alaikum, tentang menara putih tu. kita perlu selidiki hadis Rasulullah SAW betul2. Menara masjid Jame' Umawi hanya wujud di zaman Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik Takkan Rasulullah SAW bersabda tentang sesuatu yg belum wujud dan hanya akan wujud puluhan tahun kemudian? Memang tak dinafikan bahawa baginda memang mempunyai pandangan ghaib tentang dunia masa depan. tetapi bolehke seseorg seperti Al-Walid mengetahui hadis tersebut lalu membinanya dengan harapan dekat menara itulah diturunkan Nabi Isa AS? Kecuali tapak menara itu sendiri adalah bekas tapak menara putih yang asal yg mungkin telahpun wujud semasa baginda membawa barangan perniagaan ke negeri Syam (ada dua kali direkodkan. sekali ketika berusia 12 tahun dan sekali lagi ketika berusia sekitar 24-25 tahun sebelum berkahwin dengan Sayyidatina Khadijah). Menara putih yang asal mungkin sudah runtuh dan dibina semula oleh Khalifah Al-Walid. Ada komen lain?
ReplyDeletesungguh saat itu sangat bahagia lah seluruh umat muslim karena mereka bisa dengan bangga melihat raut wajah Isa AS yg d utus Allah kembali k bumi untuk membenarkan Agama kami Islam ..
ReplyDeleteizin share ya..
ReplyDeleteizin share ya...
ReplyDelete