Dari
Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah
s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya
itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah
bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan)
di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah
yang dibawa oleh Dajjal.
Setiap
Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan
kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir
sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu
tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu.
Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah
kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin.
Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang
menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan
menjaga orang-orang mukmin.
“Dajjal
itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam
dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali.
Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini
akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal,
yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku
kepada umatnya.
“Pada
mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi.
Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti
dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang
benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati.
Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak
cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di
antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang
dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau
buta huruf.
“Di
antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka.
Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu
neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang
disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta
pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca
pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan
sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi
sejuk.
“Di
antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:
“Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang
sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau
mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan
berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar
seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama,
sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata
kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah
Tuhanmu.”
“Di
antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia
bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang
ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap
hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula.
Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula.
Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa
Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang
beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah
musuh Allah.”
Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”
Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”
Kata
Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia
suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun.
Dia suruh bumi supaya mengeluarkan
tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk
ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu
datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak
me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu
tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
“Dajjal
itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya
dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan
yang demikian hujan turun di tempat mereka dan
tanam-tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak
ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi
Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak
dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh
Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran
Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal
datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota
Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang
munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi
tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi
bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi
pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari
pembersihan kota Madinah.
Dalam
hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya
yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat
kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka
disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak
menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka.
Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka
supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman
kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal
menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi
supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah
mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”
Dari
Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu
daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan
orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah
dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”
Dari
Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada
bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada
waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal
tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya
Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga
kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah
(lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan
kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum
wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.
Itulah
yang dikatakan hari pembersihan. Madinah
membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan
karat-karat besi.”
Diriwayatkan
oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a.
mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w
masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis
beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab:
“Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal,
maka saya takut mendengarnya.”
Rasulullah
s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu
aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya.
Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu
tidak buta dan cacat.”
Dari
Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w
bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang
kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada
empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan
setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan,
ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian
hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”
Ada
yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang
terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima
waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak
solat yang lima waktu itu.”
Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah
dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu,
dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu
ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab:
“Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan
menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut
riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan
keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup
di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri
pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau
empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa
bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin
Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”
Dan
menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir
semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada
Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya
tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita. Wallahu
A’lam.
Dipetik Dari Buku: Menunggu Kedatangan Imam Mahdi, Dajjal & Nabi Isa.
Pengarang: Abdul Latif Asyur.
0 Response to "Khutbah Rasulullah Saw Tentang Dajjal"
Post a Comment